Hi, nak dijadikan cerita mgu ni mmg mgu yg papa bz. Bila dah start perhimpunan mmg xboleh kacau dah.Tapi kami tetap nak kacau papa. Cuti skolah kan. Lagipun ummi xpernah ikut papa. Dah berapa tahun tapi kali ni ummi ambik cuti. Bukan nak kacau sbenanya tapi nak curi2 masa utk spent time together. Bukan senang sbb next year mmg ummi papa dgn kak ika kena struggle. So gagah lah papa naik train jemput kami. Ummi mmg nk drive ke kl berjanggut pun xsampai2. Hahahaha. So kita stay dekat hotel concord je. Dpt jgk lah anak2 mandi kolam, jalan2, makan2 n naik lrt. 1st time budak2 ni naik lrt. Ambik pengalaman. Maklum lah KL ni jem je. Malam2 pun jem. Jadi nk cepat & pantas lrt jelah. Kenyang pun kenyang. Happy pun happy. Alhamdulillah. Sufi pun xmeragam. Tido je sepanjang dalam train.
Friday, December 8, 2017
Tuesday, December 5, 2017
Panduan Elak bayi Muntah atau Jeluak..
Parking dulu. Nanti boleh refer..
Panduan Elak bayi Muntah atau Jeluak. Bayi mengalami muntah susu, gejala dan bagaimana menghadapinya
Jenis-jenis muntah yang dialami oleh bayi ialah:
-Possetting (jeluak/muntah) - Ia berlaku apabila bayi
anda terjeluak susu selepas menyusu. Ini adalah keadaan biasa di
peringkat beberapa bulan pertama umur bayi dan tidak membahaya.
-Reflux (muntah meleleh) - Terjadi apabila jumlah susu yang
diminum dikeluarkan semula dengan banyak oleh perut secara
perlahan-lahan. Ini disebabkan oleh injap yang memisahkan perut dengan
kerongkong terbuka secara tidak sengaja dan biasa berlaku.
-Projectile vomiting (muntah memancut) - Berlaku apabila isi kandungan perut bayi keluar secara spontan melalui mulut. Jumlah yang dikeluarkan selalunya banyak.
Apa itu muntah susu?
Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia
tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat
kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1
tahun. Malah, ia bukan luar biasa untuk bayi yang
baru dilahirkan mengalami muntah atau muak selepas penyusuan selain
batuk dan masalah pernafasan. Masalah reflux akan semakin berkurangan
apabila umur bayi semakin meningkat.
Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang
lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang
makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti
penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak
betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah
sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang
dari 1 tahun.
Gejala dan simtom
~Keluar secara 'effortless'
~Muntah terjadi sebaik minum susu
~Muntah selepas sendawa
~Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum
Panduan untuk kurangkan muntah susu
~Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
~Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.
~Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
~Elakkan menimang bayi atau mendudukannya ke kerusi bayi selepas menyusu.
~Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa
~Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
~Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
~Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
~Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
~Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.
Bila perlu jumpa doktor?
Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi
membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang
muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang
sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu,
berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.
Lego vs ummi..
Papa baru balik dari hatyai. Bila balik tu masing2 dpt lah present. Tu lah yg buat aku syg dia lebih tu. Mmg pergi mana2 xpernah lupa nak beli hadiah utk aku & anak2. So swittt kan. So kali ni papa belikan naufal lego. Lego yg kecik2 tu. Sebenarnya dah lama naufal nak beli lego ni. Aku buat xnampak je bila dia mintak. Ni papa pulak yg beli. Makkk aiii,susah nya nak pasang. Mcm mana dorang kt luar tu boleh je pasang siap2 yg besar2 lagi. Aku ni kecik je robot nya pun rasa nak nangis bila buat. Mungkin xde kesabaran kot. Ngeeeee.
(Sape lah yg power pasang lego ni. Tgk selama 2malam setakat tu je yg aku mampu)
Baru aku tau bukan senang nak pasang lego ni. Mmg power lah sape2 yg dah berjaya tu Sape2 yg ada minat, visi & misi je yg boleh berjaya. Tapi act mmg bagus utk budak2. Boleh merangsang kan otak. Mmg kena pakai seluruh sistem saraf kita bila pasang lego ni. Hahahaha
Hurmmm. Nampaknya naufal kena tunggu papa balik dari khusus dlu baru siap 😜
Subscribe to:
Posts (Atom)