Monday, November 27, 2017

Ika birthday 11years old



Happy birthday to u syafiqah a'liah. Tengok lah..rasanya naufal yg lebih dari kakak. Dia yg sibuk nak tiup lilin. Walaupun kek tuuuuu.. So, makin meningkat umur makin kecik lah kek ye. Hehehe. Semoga kakak menjadi anak yg solehah dunia&akhirat. Berjaya dalam hidup, pelajaran. Ummi papa syg kakak. Mmmuaaaah. Kawan2 smua dah nak masuk 12tahun, ika baru nk 11tahun. Ya allah, besar dah anak dara aku kan. Sekejap je masa berlalu. So malam ni papa belanja dinner. Terima kasih pada yg wish, yg bagi hadiah & yg mendoakan ika. Doa yg baik2 ye. Amin. 😊 



Saturday, November 25, 2017

Dunia baru Sufi Zhafran

Makin besar makin bijak. Makin byk yg dia nak explore. Makin ligat. Ummi pun skrg asyik nak bersilat. Hahaha. Nak buat mcm mna dia nak membesar. Asal sihat sudah. Mmg tangan tak boleh duduk diam. Pantang usik sentuh brg lah. Ape pun trus masuk mulut. Pantang letak sekejap terus berguling ke kiri ke kanan. Letak dlm walker sekejap je dah sampai ke dapur. Tu lah dlu ummi asyik ckp cepat lah besar Sufi. Cepat lah besar.... Skrg dah membesar pandai buat itu ini ummi dah jadi tarzan. Belum dpt kaki lagi kannn. Xpe2. Bak kata org biar dia explore dlu. Dunia baru utk dia. Apa dia nak buat biar kan. Jgn halang. Nnt terbantut perkembangan dia. Betulkan kan? 

Pakcik google ckp :-
'Budak-budak dilahirkan dengan imaginasi yang tinggi. Pada mereka, setiap perkara yang mereka buat adalah exciting dan fun
Bila perkara-perkara sebegini terjadi, anak kita tak dapat nak explore dunia mereka. Tak dapat nak belajar kesan dan akibat sesuatu benda. Imaginasi mereka terbantut apabila kita selalu sangat halang apa yang mereka nak lakukan.
Biarkanlah apa yang anak kita nak lakukan asalkan perkara tersebut tidak bahaya kepada mereka. Selagi boleh, kita galakkan mereka buat, tapi kita kenalah sentiasa pantau aktiviti mereka,'
Tgk mcm gambar kt bawah ni. Dalan keta mmg xnak duduk diam dah. Sabarrrrr jelah.


Family Time!!

 Memandang kan papa start bz next week n week2 yg seterusnya jadi hari ni kena lah bawak kami jalan2. Ingat dpt pergi ikea tapi xsempat. Hujan lebat. Last2 pergi shopping mall je. Beli spec baru papa. Hurmm..jalan2 pun beli brg papa jgk. Hahaha. Xkisah lah yg penting ada mase kita nak spent time 1 family. Makan sama2 jalan sama2. Biar bz mcm mna pun, penat pun aku. Xkisah jauh ke dekat ke. Asal dpt spent time tu rasa happy sgt. Lebih2 lagi tgk anak2. Baru perasan gambar papa xde. Papa bz cari spec baru. Jadi ummi selfie dgn anak2 je 😊








Sunday, November 19, 2017

Target 2017..

Hi, Salam.
Bila cerita pasal target 2017 dah achive ke belum..aku sendiri xpasti. Hahaha. Yela, nak masuk tahun baru 2018, tapi target yg sebelum2 ni masih tak tercapai. Nampaknya aku kena kerja kuat lagi. Nak kata target tambah anak alhamdulillah. Dengan tambahnya Sufi Zhafran, bertambahlah anak aku menjadi 3org. Semoga menjadi insan2 yg berguna beramal soleh didunia&akhirat. 

Target yg lagi 1 ni masih masih dan masih kebelakang. Nak beli rumah. Puas aku google, cariiiiii tapi xmampu weyyyy. Dgn basic mcm ni, tanggungan mcm ni. Husband wife nak tolak campur pun still xmampu. Dengar2 tahun depan 2018 harga rumah akan turun. We wait n see kot2 ada rezeki kitaorg tahun depan. Amin.

Target yg lagiiiiiiiiiii 1 yg husband aku dah hint mase habis pantang kan Sufi. Fit & Slim. Hahahahha. Kau rase??? Aduiii, bab nak berdiet bersenam mmg susah lah sikit. Sebenanrnya xsusah alasan yg byk. Nak kata yg husband aku mmg kaki marathon. Pagi ptg duk berlari aku ni jelah. Xtau bila nak start. Part bila nak start tulah yg paling susah. Huhuhuhu. Jadi bertabahlah husband. Tgu lah sampai pintu hati ni terbukak nak bersenam berlari berzumba. Maybe target utk tahun depan 2018. Hehehe.

Lagi 1 target aku nak naik pangkat lagi. Walaupon aku kerja admin jeeeeee aku tetap nak naik pangkat pangkat pangkat. Haaaaaaaa byk kan. 2 tahun lepas boss aku dah naik kan pangkat aku dari admin clerk ke admin officer. Jadi target aku nak ke admin manager pulak. Hurmmmm..Dah 2 tahun berlalu, harap terbukak lah hati boss aku tu. Yela, selalu naik gaji, naik pangkat mmg 2 tahun sekali. Tguuuuuu..Walaupon kadang2 aku ni buat kerja main2, sambil lewa je. Tapi harapan & cita2 aku tu tetap aku nak gapai. Inshaallah.

Jadi uolsss punya target 2017 dah tercapai ke belum??

Wednesday, November 15, 2017

Sufi Zhafran turn 7months old..

Alahai, hampir ummi terlupa. Bz sampai lupa yg 2hari lepas Sufi dah masuk 7bulan. Alhamdulillah, sekejap je anak ummi dah besar. Sihat & cergas. Xbyk meragam.


Xsabar nak tunggu Sufi setahun. Cepat jalan, berlari. Lepas ni senang ummi papa nak jalan. Anak2 semua dah besar. Seronokkan. Aku yg ada 3org anak ni rasa mcm xcukup je. Seronok betul tgk org yg ramai anak. Bila tua nnt senang. Yela, skrg punya org kan. Ada anak yg bz dgn keje, bz pegi sana sini. Bila mak ayah mintak tolong ada je alasan. Yg dah kawen nak kena jaga hati si isteri lah si suami lah. Sbb aku pun anak, dan aku pun ada anak. Risau jugak sebenarnya. Heehehehe. Eh, ni mmg terjadi depan mata aku skrg. Reality....
Sbb tu aku kata seronok tgk org yg ramai anak. Tapi aku ni cukup lah 3org anak. KEWANGAN. Itulah sbb utama. Susu, pampers, yg paling nnt time dorang nak start sekolah, nak start study. Inshaallah, skrg ni nak kata cukup tak cukup pun aku dgn husband aku, rezeki anak tu tetap ada.
Entah lah. Rezeki masing2 kan.
So, alhamdulillah now Sufi dah 7bulan, Naufal dah 3tahun, Syafiqah dah 11tahun. Bangga aku yg umur 30tahun ni dah ada 3org anak yg somellll & sihat. Inshaallah.

Saturday, November 11, 2017

Sufi dinner plate..

Lagi 3hari sufi nak masuk 7bulan. Cepat kan masa berlalu. Sufi biasenya akan makan 3x sehari. Breakfast sufi akan makan biskut atau puree. Lunch makan bubur n dinner pun bubur. Everyday, alhamdulillah mmg licin lah setiap apa makanan yg diberi. Sufi kan. Tgk badan lah. Hehehehe. Xpayah panggil. Nampak je ummi pegang mangkuk dia dah tahu.
Selalu ayam, carrot, kentang, brokoli je yg ummi letak dlm bubur sufi. 
So today ummi try letak bayam. Nyumi nyumiiii. Sedapp jugak. 


Mmg licin lah. Habis semangkuk. Suka sgt sufi bila dapat mkn bubur dgn resepi yg berlainan. Lepas ni ummi kena tanya pakcik google ape lagi resepi yg best + berkhasiat utk sufi. Xsabarrrrrr 😊

Thursday, November 9, 2017

Redeem Drypers Point..

FINALLY......Ni mmg fav aku. Redeem Drypers point. Yeayyy..Beli pampers mmg byk lah. Sejak ada baby Sufi ni plus dgn abg Naufal lagi. Cuma Naufal kurang sikit sbb hanya pakai time tido aje. So, nak bagitau mak mak kt luar sana jgn buang pek drypers tu. Cek dulu unique code tu. Lepas redeem nak buat plastik sampah pun lantak pi lah. hahaha. 

Unique code Drypers ada kat belah dalam pek area situ so kena tgk betul2 lah kan. 






Make sure join member dulu. Bila dah join member nnt boleh dpt sample pampers lagi. Sbd tu dari dulu mmg aku suka dgn Drypers. Point utk 1 pek pampers pun byk. N bukan boleh claim pampers je tapi semua barangan brand drypers kita boleh redeem. Nak kira2 dah byk jgk lah aku redeem point Drypers ni. Sejak Naufal lahir, sambung kat Sufi sampai sekarang. Berbaloi mmg berbaloi.

Wednesday, November 8, 2017

Throwback Penang Trip..

Before aku deliver si baby Sufi sebenarnya memang byk keje yg aku kena siapkan. Awal2 tahun kan. Dengan annual dinner office lah, Chinese new year lah. Tapi tu smua aku xnak share. Yg aku nak share penang trip yg boss aku sponsor utk semua staff. Sbb anak dia nak kahwen. Hahahaha. Next nnt sponsor lagi lah boss. Huhu.
Dengan perut membuyung masa tu aku dah ngandung 7 bulan kot. Gagah kan jugak lah sbb aku person in charge. Kena lah buat keje ooi lepas ni cuti 2 bulan. Hehehe.
Bermulalah perjalanan kami naik bas. Best, anak2 pun seronok. Nak kata 1st time lah semua officemate naik bas together2.


 

 

Check in kat sini. The Light Hotel, Penang. Wedding pun buat kt sini je. So, senang lah aku nak buat keje nnt. Ni bilik yg aku dpt. Cantik hotel ni. Berbaloilah boss belanje.



Sampai2 rest kejap, lepas tu ptg aku nak kena prepare dah utk wedding. Registration utk attnd. Chinese kahwen kan. Xsame mcm kita kahwen. Registration yg paling penting. So, papa takeover jaga Kakak & Naufal, ummi pergi work.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Congrats Danny & Nicole.

 





So next day boss belanja lagi jalan2 sekitar Penang. Act first time aku jejak kaki kat Penang. Seronok, mcm2 tempat kitaorang pergi. Bye bye Penang. Walaupon penat mase tu duk kandungkan baby Sufi tapi seronok jugak. Tq boss for next trip nak belanja pegi mane pulak?? hehehe.

Belanja sikit gambar jalan2 sekitar Penang.   
                                                                    


















Sunday, November 5, 2017

Penat nya bila jadi isteri dan ibu kpd 3org anak..

Penat. Kalau nak cerita pasal penat semua wanita akan cakap benda yg sama. Penattnyaaa..Allah je yg tau. Pagi drive hantar anak, pergi kerja. Ptg balik kerja, ambik anak. Lepas tu masak makan malam. Lepas masak, kena kemas. Bla bla bla.. Byk ooi kerja. Kadang rasa nak biar je semua tu. Nak buat xtau. Biar sepah, xpayah vacuum. Xpayah basuh, xpayah buang sampah. Hakikatnya??? Naluri seorang wanita & ibu. Nak tak nak, muka masam, ketang ketung kat dapur kita still buat. Btul tak? Hahaha. Jujur aku ckp aku bersyukur aku mampu buat semua tu. Biar penat tapi puas. Puas sbb aku dpt berbakti pada suami dan anak2 aku. Biar pun kadang aku sndri stress, tapi time 3org anak aku dah tidur, en shuben dah berdengkur dan remote tv menjadi kuasa ditangan itulah kepuasan yg sebenar. Hahahahaha. So, xpayah nak merengek sgt penat lah ape lah. Kalau nak merengek pun ckp kt en shuben. Xpayah lah nk update status fb sy penat. Suami xtolong. Masuk dlm group KRT. Cerita kt kawan2 buruk suami. Dosa tau. Kalau xnak buat smua tu senang je. Jgn kawen, jgn beranak. Habis cerita. Renung2 kan lah ye.

Thursday, November 2, 2017

Opah oh opah...

Opah sakit tenat.
Bila tau je opah dah tenat cepat2 aku balik. Kalau kira2 last aku balik masa Naufal umur setahun. Maknanya dah 2tahun aku tak balik jumpa opah. Opah oh opah. Sampai je ipoh mmg terus ke rumah ciksu. Tuhan je tahu perasaan aku mase aku tgk opah. Ya allah, opah tetap cantik mcm dulu walau dah kurus sgt. Dia tetap tersenyum bila kami balik walau dia sakit. Aku xmampu tgk dia menahan sakit. Tak putus2 aku berdoa kau ambil lah nyawa opah ku ya allah. Jgn kau seksa opahku. Dia insan yg baik. 1 malam aku berjaga dgn opah. Baru aku sedar bukan senang nak jaga org sakit. Mmg aku salute pada ciksu dan familynya. Sbb sanggup jaga opah. Malam tu opah panggil kami. Opah marah sbb kami makan byk. Duduk berborak kt dapur tgal kan dia sorang. Sampai merajuk opah bila kami ketawakan dia. Aku ckp dlm hati. Esok ikin nak balik. Bila lagi dpt jumpa opah. Aku xboleh tidur sbb sekejap2 opah panggil ciksu, saddam, icharm sbb nak pegi tandas. Opah pembersih. Walau dia pakai pampers dia tetap nak buang air kt tandas. Opah oh opah. Dah subuh baru opah tidur lena. Pagi tu aku beli sarapan utk semua. Aku nak balik seremban tapi hati ni berbelah bagi. Ikutkan mmg aku xnak balik. Tapi sbb keje, anak skolah. Kali ni kali ke2 aku tgk opah nazak. Sakit nya ya allah. Opah org yg baik, xtinggal solat. Kulit opah bercahaya. Ramai org yg dtg melawat ckp benda yg sama. Mulut opah xlepas dari mengucap nama allah.
Sebelum balik, aku dukung sufi pada opah. Sufi ketawa bila opah pegang tangan dia. Opah pun senyum ketawa...ketawa sungguh2. Opah pesan kt aku supaya jaga makan. Jgn makan sebarangan. Walau dia sakit dia risaukan kami. Opah...itu kali terakhir ikin tgk opah sakit , senyum , ketawa. Dan pesanan terakhir opah ikin akan ingat sampai bila2. Bila ayah call bgtau opah dah xde, aku redha. Aku yakin opah akan ditempatkan ditempat yg terbaik disisinya. Kau berilah ruang yg terbaik utk opah ya allah.
Hari ni hari ke 44 opah pergi. Walau dah 44hari bila aku teringat opah aku masih menangis. Org kata xelok menangis org yg dah pergi. Tapi aku still ingat, still terngiang2 suara opah memanggil. Aku rindu opah. Betul lah. Bila ada kita xhargai. Bila dia dah pergi, kita rindu. Kalau diberi peluang, aku nak peluk opah kuat2 aku nk ckp aku syg opah dunia&akhirat.......