Hi, nak dijadikan cerita mgu ni mmg mgu yg papa bz. Bila dah start perhimpunan mmg xboleh kacau dah.Tapi kami tetap nak kacau papa. Cuti skolah kan. Lagipun ummi xpernah ikut papa. Dah berapa tahun tapi kali ni ummi ambik cuti. Bukan nak kacau sbenanya tapi nak curi2 masa utk spent time together. Bukan senang sbb next year mmg ummi papa dgn kak ika kena struggle. So gagah lah papa naik train jemput kami. Ummi mmg nk drive ke kl berjanggut pun xsampai2. Hahahaha. So kita stay dekat hotel concord je. Dpt jgk lah anak2 mandi kolam, jalan2, makan2 n naik lrt. 1st time budak2 ni naik lrt. Ambik pengalaman. Maklum lah KL ni jem je. Malam2 pun jem. Jadi nk cepat & pantas lrt jelah. Kenyang pun kenyang. Happy pun happy. Alhamdulillah. Sufi pun xmeragam. Tido je sepanjang dalam train.
Friday, December 8, 2017
Tuesday, December 5, 2017
Panduan Elak bayi Muntah atau Jeluak..
Parking dulu. Nanti boleh refer..
Panduan Elak bayi Muntah atau Jeluak. Bayi mengalami muntah susu, gejala dan bagaimana menghadapinya
Jenis-jenis muntah yang dialami oleh bayi ialah:
-Possetting (jeluak/muntah) - Ia berlaku apabila bayi
anda terjeluak susu selepas menyusu. Ini adalah keadaan biasa di
peringkat beberapa bulan pertama umur bayi dan tidak membahaya.
-Reflux (muntah meleleh) - Terjadi apabila jumlah susu yang
diminum dikeluarkan semula dengan banyak oleh perut secara
perlahan-lahan. Ini disebabkan oleh injap yang memisahkan perut dengan
kerongkong terbuka secara tidak sengaja dan biasa berlaku.
-Projectile vomiting (muntah memancut) - Berlaku apabila isi kandungan perut bayi keluar secara spontan melalui mulut. Jumlah yang dikeluarkan selalunya banyak.
Apa itu muntah susu?
Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia
tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat
kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1
tahun. Malah, ia bukan luar biasa untuk bayi yang
baru dilahirkan mengalami muntah atau muak selepas penyusuan selain
batuk dan masalah pernafasan. Masalah reflux akan semakin berkurangan
apabila umur bayi semakin meningkat.
Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang
lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang
makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti
penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak
betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah
sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang
dari 1 tahun.
Gejala dan simtom
~Keluar secara 'effortless'
~Muntah terjadi sebaik minum susu
~Muntah selepas sendawa
~Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum
Panduan untuk kurangkan muntah susu
~Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
~Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.
~Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
~Elakkan menimang bayi atau mendudukannya ke kerusi bayi selepas menyusu.
~Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa
~Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
~Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
~Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
~Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
~Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.
Bila perlu jumpa doktor?
Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi
membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang
muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang
sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu,
berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.
Lego vs ummi..
Papa baru balik dari hatyai. Bila balik tu masing2 dpt lah present. Tu lah yg buat aku syg dia lebih tu. Mmg pergi mana2 xpernah lupa nak beli hadiah utk aku & anak2. So swittt kan. So kali ni papa belikan naufal lego. Lego yg kecik2 tu. Sebenarnya dah lama naufal nak beli lego ni. Aku buat xnampak je bila dia mintak. Ni papa pulak yg beli. Makkk aiii,susah nya nak pasang. Mcm mana dorang kt luar tu boleh je pasang siap2 yg besar2 lagi. Aku ni kecik je robot nya pun rasa nak nangis bila buat. Mungkin xde kesabaran kot. Ngeeeee.
(Sape lah yg power pasang lego ni. Tgk selama 2malam setakat tu je yg aku mampu)
Baru aku tau bukan senang nak pasang lego ni. Mmg power lah sape2 yg dah berjaya tu Sape2 yg ada minat, visi & misi je yg boleh berjaya. Tapi act mmg bagus utk budak2. Boleh merangsang kan otak. Mmg kena pakai seluruh sistem saraf kita bila pasang lego ni. Hahahaha
Hurmmm. Nampaknya naufal kena tunggu papa balik dari khusus dlu baru siap 😜
Monday, November 27, 2017
Ika birthday 11years old
Happy birthday to u syafiqah a'liah. Tengok lah..rasanya naufal yg lebih dari kakak. Dia yg sibuk nak tiup lilin. Walaupun kek tuuuuu.. So, makin meningkat umur makin kecik lah kek ye. Hehehe. Semoga kakak menjadi anak yg solehah dunia&akhirat. Berjaya dalam hidup, pelajaran. Ummi papa syg kakak. Mmmuaaaah. Kawan2 smua dah nak masuk 12tahun, ika baru nk 11tahun. Ya allah, besar dah anak dara aku kan. Sekejap je masa berlalu. So malam ni papa belanja dinner. Terima kasih pada yg wish, yg bagi hadiah & yg mendoakan ika. Doa yg baik2 ye. Amin. 😊
Saturday, November 25, 2017
Dunia baru Sufi Zhafran
Makin besar makin bijak. Makin byk yg dia nak explore. Makin ligat. Ummi pun skrg asyik nak bersilat. Hahaha. Nak buat mcm mna dia nak membesar. Asal sihat sudah. Mmg tangan tak boleh duduk diam. Pantang usik sentuh brg lah. Ape pun trus masuk mulut. Pantang letak sekejap terus berguling ke kiri ke kanan. Letak dlm walker sekejap je dah sampai ke dapur. Tu lah dlu ummi asyik ckp cepat lah besar Sufi. Cepat lah besar.... Skrg dah membesar pandai buat itu ini ummi dah jadi tarzan. Belum dpt kaki lagi kannn. Xpe2. Bak kata org biar dia explore dlu. Dunia baru utk dia. Apa dia nak buat biar kan. Jgn halang. Nnt terbantut perkembangan dia. Betulkan kan?
Pakcik google ckp :-
'Budak-budak dilahirkan dengan imaginasi yang tinggi. Pada mereka, setiap perkara yang mereka buat adalah exciting dan fun.
Bila perkara-perkara sebegini terjadi, anak kita tak dapat nak explore dunia mereka. Tak dapat nak belajar kesan dan akibat sesuatu benda. Imaginasi mereka terbantut apabila kita selalu sangat halang apa yang mereka nak lakukan.
Biarkanlah apa yang anak kita nak lakukan asalkan perkara tersebut tidak bahaya kepada mereka. Selagi boleh, kita galakkan mereka buat, tapi kita kenalah sentiasa pantau aktiviti mereka,'
Tgk mcm gambar kt bawah ni. Dalan keta mmg xnak duduk diam dah. Sabarrrrr jelah.
Family Time!!
Sunday, November 19, 2017
Target 2017..
Hi, Salam.
Bila cerita pasal target 2017 dah achive ke belum..aku sendiri xpasti. Hahaha. Yela, nak masuk tahun baru 2018, tapi target yg sebelum2 ni masih tak tercapai. Nampaknya aku kena kerja kuat lagi. Nak kata target tambah anak alhamdulillah. Dengan tambahnya Sufi Zhafran, bertambahlah anak aku menjadi 3org. Semoga menjadi insan2 yg berguna beramal soleh didunia&akhirat.
Target yg lagi 1 ni masih masih dan masih kebelakang. Nak beli rumah. Puas aku google, cariiiiii tapi xmampu weyyyy. Dgn basic mcm ni, tanggungan mcm ni. Husband wife nak tolak campur pun still xmampu. Dengar2 tahun depan 2018 harga rumah akan turun. We wait n see kot2 ada rezeki kitaorg tahun depan. Amin.
Target yg lagiiiiiiiiiii 1 yg husband aku dah hint mase habis pantang kan Sufi. Fit & Slim. Hahahahha. Kau rase??? Aduiii, bab nak berdiet bersenam mmg susah lah sikit. Sebenanrnya xsusah alasan yg byk. Nak kata yg husband aku mmg kaki marathon. Pagi ptg duk berlari aku ni jelah. Xtau bila nak start. Part bila nak start tulah yg paling susah. Huhuhuhu. Jadi bertabahlah husband. Tgu lah sampai pintu hati ni terbukak nak bersenam berlari berzumba. Maybe target utk tahun depan 2018. Hehehe.
Lagi 1 target aku nak naik pangkat lagi. Walaupon aku kerja admin jeeeeee aku tetap nak naik pangkat pangkat pangkat. Haaaaaaaa byk kan. 2 tahun lepas boss aku dah naik kan pangkat aku dari admin clerk ke admin officer. Jadi target aku nak ke admin manager pulak. Hurmmmm..Dah 2 tahun berlalu, harap terbukak lah hati boss aku tu. Yela, selalu naik gaji, naik pangkat mmg 2 tahun sekali. Tguuuuuu..Walaupon kadang2 aku ni buat kerja main2, sambil lewa je. Tapi harapan & cita2 aku tu tetap aku nak gapai. Inshaallah.
Jadi uolsss punya target 2017 dah tercapai ke belum??
Wednesday, November 15, 2017
Sufi Zhafran turn 7months old..
Alahai, hampir ummi terlupa. Bz sampai lupa yg 2hari lepas Sufi dah masuk 7bulan. Alhamdulillah, sekejap je anak ummi dah besar. Sihat & cergas. Xbyk meragam.
Xsabar nak tunggu Sufi setahun. Cepat jalan, berlari. Lepas ni senang ummi papa nak jalan. Anak2 semua dah besar. Seronokkan. Aku yg ada 3org anak ni rasa mcm xcukup je. Seronok betul tgk org yg ramai anak. Bila tua nnt senang. Yela, skrg punya org kan. Ada anak yg bz dgn keje, bz pegi sana sini. Bila mak ayah mintak tolong ada je alasan. Yg dah kawen nak kena jaga hati si isteri lah si suami lah. Sbb aku pun anak, dan aku pun ada anak. Risau jugak sebenarnya. Heehehehe. Eh, ni mmg terjadi depan mata aku skrg. Reality....
Sbb tu aku kata seronok tgk org yg ramai anak. Tapi aku ni cukup lah 3org anak. KEWANGAN. Itulah sbb utama. Susu, pampers, yg paling nnt time dorang nak start sekolah, nak start study. Inshaallah, skrg ni nak kata cukup tak cukup pun aku dgn husband aku, rezeki anak tu tetap ada.
Entah lah. Rezeki masing2 kan.
So, alhamdulillah now Sufi dah 7bulan, Naufal dah 3tahun, Syafiqah dah 11tahun. Bangga aku yg umur 30tahun ni dah ada 3org anak yg somellll & sihat. Inshaallah.
Saturday, November 11, 2017
Sufi dinner plate..
Lagi 3hari sufi nak masuk 7bulan. Cepat kan masa berlalu. Sufi biasenya akan makan 3x sehari. Breakfast sufi akan makan biskut atau puree. Lunch makan bubur n dinner pun bubur. Everyday, alhamdulillah mmg licin lah setiap apa makanan yg diberi. Sufi kan. Tgk badan lah. Hehehehe. Xpayah panggil. Nampak je ummi pegang mangkuk dia dah tahu.
Selalu ayam, carrot, kentang, brokoli je yg ummi letak dlm bubur sufi.
So today ummi try letak bayam. Nyumi nyumiiii. Sedapp jugak.
Mmg licin lah. Habis semangkuk. Suka sgt sufi bila dapat mkn bubur dgn resepi yg berlainan. Lepas ni ummi kena tanya pakcik google ape lagi resepi yg best + berkhasiat utk sufi. Xsabarrrrrr 😊
Thursday, November 9, 2017
Redeem Drypers Point..
FINALLY......Ni mmg fav aku. Redeem Drypers point. Yeayyy..Beli pampers mmg byk lah. Sejak ada baby Sufi ni plus dgn abg Naufal lagi. Cuma Naufal kurang sikit sbb hanya pakai time tido aje. So, nak bagitau mak mak kt luar sana jgn buang pek drypers tu. Cek dulu unique code tu. Lepas redeem nak buat plastik sampah pun lantak pi lah. hahaha.
Unique code Drypers ada kat belah dalam pek area situ so kena tgk betul2 lah kan.
Make sure join member dulu. Bila dah join member nnt boleh dpt sample pampers lagi. Sbd tu dari dulu mmg aku suka dgn Drypers. Point utk 1 pek pampers pun byk. N bukan boleh claim pampers je tapi semua barangan brand drypers kita boleh redeem. Nak kira2 dah byk jgk lah aku redeem point Drypers ni. Sejak Naufal lahir, sambung kat Sufi sampai sekarang. Berbaloi mmg berbaloi.
Unique code Drypers ada kat belah dalam pek area situ so kena tgk betul2 lah kan.
Wednesday, November 8, 2017
Throwback Penang Trip..
Before aku deliver si baby Sufi sebenarnya memang byk keje
yg aku kena siapkan. Awal2 tahun kan. Dengan annual dinner office lah, Chinese
new year lah. Tapi tu smua aku xnak share. Yg aku nak share penang trip yg boss
aku sponsor utk semua staff. Sbb anak dia nak kahwen. Hahahaha. Next nnt
sponsor lagi lah boss. Huhu.
Dengan perut membuyung masa tu aku dah ngandung 7 bulan kot.
Gagah kan jugak lah sbb aku person in charge. Kena lah buat keje ooi lepas ni
cuti 2 bulan. Hehehe.
Bermulalah perjalanan kami naik bas. Best, anak2 pun
seronok. Nak kata 1st time lah semua officemate naik bas together2.
Check in kat sini. The Light Hotel, Penang. Wedding pun buat
kt sini je. So, senang lah aku nak buat keje nnt. Ni bilik yg aku dpt. Cantik hotel ni. Berbaloilah boss
belanje.
Sampai2 rest kejap, lepas tu ptg aku nak kena prepare dah utk wedding. Registration utk attnd. Chinese kahwen kan. Xsame mcm kita kahwen. Registration yg paling penting. So, papa takeover jaga Kakak & Naufal, ummi pergi work.

So next day boss belanja lagi jalan2 sekitar Penang. Act first time aku jejak kaki kat Penang. Seronok, mcm2 tempat kitaorang pergi. Bye bye Penang. Walaupon penat mase tu duk kandungkan baby Sufi tapi seronok jugak. Tq boss for next trip nak belanja pegi mane pulak?? hehehe.
Belanja sikit gambar jalan2 sekitar Penang.
Sunday, November 5, 2017
Penat nya bila jadi isteri dan ibu kpd 3org anak..
Thursday, November 2, 2017
Opah oh opah...
Opah sakit tenat.
Bila tau je opah dah tenat cepat2 aku balik. Kalau kira2 last aku balik masa Naufal umur setahun. Maknanya dah 2tahun aku tak balik jumpa opah. Opah oh opah. Sampai je ipoh mmg terus ke rumah ciksu. Tuhan je tahu perasaan aku mase aku tgk opah. Ya allah, opah tetap cantik mcm dulu walau dah kurus sgt. Dia tetap tersenyum bila kami balik walau dia sakit. Aku xmampu tgk dia menahan sakit. Tak putus2 aku berdoa kau ambil lah nyawa opah ku ya allah. Jgn kau seksa opahku. Dia insan yg baik. 1 malam aku berjaga dgn opah. Baru aku sedar bukan senang nak jaga org sakit. Mmg aku salute pada ciksu dan familynya. Sbb sanggup jaga opah. Malam tu opah panggil kami. Opah marah sbb kami makan byk. Duduk berborak kt dapur tgal kan dia sorang. Sampai merajuk opah bila kami ketawakan dia. Aku ckp dlm hati. Esok ikin nak balik. Bila lagi dpt jumpa opah. Aku xboleh tidur sbb sekejap2 opah panggil ciksu, saddam, icharm sbb nak pegi tandas. Opah pembersih. Walau dia pakai pampers dia tetap nak buang air kt tandas. Opah oh opah. Dah subuh baru opah tidur lena. Pagi tu aku beli sarapan utk semua. Aku nak balik seremban tapi hati ni berbelah bagi. Ikutkan mmg aku xnak balik. Tapi sbb keje, anak skolah. Kali ni kali ke2 aku tgk opah nazak. Sakit nya ya allah. Opah org yg baik, xtinggal solat. Kulit opah bercahaya. Ramai org yg dtg melawat ckp benda yg sama. Mulut opah xlepas dari mengucap nama allah.
Sebelum balik, aku dukung sufi pada opah. Sufi ketawa bila opah pegang tangan dia. Opah pun senyum ketawa...ketawa sungguh2. Opah pesan kt aku supaya jaga makan. Jgn makan sebarangan. Walau dia sakit dia risaukan kami. Opah...itu kali terakhir ikin tgk opah sakit , senyum , ketawa. Dan pesanan terakhir opah ikin akan ingat sampai bila2. Bila ayah call bgtau opah dah xde, aku redha. Aku yakin opah akan ditempatkan ditempat yg terbaik disisinya. Kau berilah ruang yg terbaik utk opah ya allah.
Hari ni hari ke 44 opah pergi. Walau dah 44hari bila aku teringat opah aku masih menangis. Org kata xelok menangis org yg dah pergi. Tapi aku still ingat, still terngiang2 suara opah memanggil. Aku rindu opah. Betul lah. Bila ada kita xhargai. Bila dia dah pergi, kita rindu. Kalau diberi peluang, aku nak peluk opah kuat2 aku nk ckp aku syg opah dunia&akhirat.......

Saturday, October 14, 2017
Puree mak mak. Hehehee.
Alkisahnya. Sejak ada sufi ni ummi rajin semacam. Sebenarnya niat rajin aku ni sbb nya nak tgk anak aku sihat & kuat. Inshaallah.
1st time bagi sufi makan aku buat puree avocado.
Muka dia xpayah cakap lah time tu. Muka pelik2 yg keluar. Tapi habis jugaklah. Baby lagi kan, apa aku bagi semua dia telan. Haha. So next aku buat brokoli, carrot n hari ni special sikit sbb sufi dah 6 bulan.
Puree kurma.
Nyum nyum. Stim + blender. Senang je uollss. Yg lebih tu beku kan. Esok lusa boleh makan lagi. Nak dgn xnak je kan. Nak beli puree yg readymade mmg aku takut sikit. Xtahu apa yg dorang letak dlm tu. Yg aku tahu aku buat, anak aku kenyang makan. Mummy2 kt luar sana yg bz boleh try buat puree ni sendiri. Bila kemahuan tu ada rasa kepuasan tu kau sorang je yg tahu. Percayalah....
1st time bagi sufi makan aku buat puree avocado.
Puree kurma.
Nyum nyum. Stim + blender. Senang je uollss. Yg lebih tu beku kan. Esok lusa boleh makan lagi. Nak dgn xnak je kan. Nak beli puree yg readymade mmg aku takut sikit. Xtahu apa yg dorang letak dlm tu. Yg aku tahu aku buat, anak aku kenyang makan. Mummy2 kt luar sana yg bz boleh try buat puree ni sendiri. Bila kemahuan tu ada rasa kepuasan tu kau sorang je yg tahu. Percayalah....
Subscribe to:
Posts (Atom)